Bakal Lancar Single Terbaru, DS Vida Akui Terkesan Dengan Lagu ‘Hujan’ Nyanyian Iqbal

Hiburan

Bakal Lancar Single Terbaru, DS Vida Akui Terkesan Dengan Lagu ‘Hujan’ Nyanyian Iqbal

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida khabarnya akan melancarkan single terbaru bagi menjawab segala persoalan daripada netizen berhubung kisahnya bersama Iqbal Zulkefli.

Ujar Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman,50, dia akui sedikit terkesan dengan lagu yang dikeluarkan bekas kekasih merangkap bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli yang berjudul Hujan itu.

Advertisement

Vida yang sebelum ini memilih untuk berdiam diri di saat Iqbal meraih populariti dengan menjaja kisah cinta ‘tak jadi’ mereka itu berkata, dia berharap orang di luar sana dapat menghayati single lagu terbarunya itu nanti.

Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang Iqbal kata.

Kali ini dengar saya punya pula. Ini jawapan yang perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis.

Dia yang dihubungi mStar Online menjelaskan akan mengambil pendekatan yang sama seperti bekas kekasihnya itu bagi meluahkan isi hati yang terpendam.

Ingin membawa dan menyanyikan lagu bergenre balada, Vida juga sudah tidak sabar untuk tampil dengan elemen ‘sentimental with love’ di mana dia akan mengungkap segala kesedihan yang ada dalam lagunya itu kelak.

Wow, tak sabar rasanya nak dengar lagu Vida nanti!

Vida dan anak anak shuib
2 years ago

Buat Sambutan Hari Jadi Untuk Uwais, Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...