Seorang ibu yang sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja terkejut apabila dimaklumkan anak perempuannya berusia 9 bulan dilarikan oleh sekumpulan individu.
Kejadian berlaku di Taman Pauh Perai, Seberang Perai di mana bayi tersebut, Noor Raisya Mohamad Rahimi dilarikan ketika pengasuhnya yang juga warga emas sedang menunaikan solat.
Menceritakan tentang insiden itu, Farisha Amirah Zainal, 24, berkata dia menjadi kaku dan lemah apabila pengasuh anaknya memberitahu cucunya sendiri yang telah melarikan bayi tersebut.
Sebaik mendapat tahu, Farisha terus hubungi keluarga termasuklah yang berada di kampung untuk memaklumkan tentang kejadian terbabit sebelum suaminya pergi membuat laporan polis.
Suspek dijumpai tapi bayi tiada
Pasangan itu berurusan dengan pihak polis sehingga jam 9 malam hari yang sama sebelum mereka pulang ke rumah.
Naluri ibu dalam dirinya mengatakan anak mereka akan kembali dan ketika itulah Farisha kemas kelengkapan seperti susu dan pakaian sebelum turun menunggu kepulangannya di pondok pengawal pangsapuri mereka.
Sejam kemudian mereka terima panggilan daripada polis memaklumkan mereka berjaya kesan suspek tetapi bayi yang dilarikan tiada bersama.
Mungkin mahu dijual kepada sindiket
Namun, selepas lebih kurang 10 minit dia mendapat panggilan yang mengatakan bayinya sudah ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.
Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran melalui negeri di Pantai Timur.”
Disebabkan kejadian tersebut, dia akui masih trauma dan mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga anaknya sepenuh masa.
Farisha berkata dia berasa serik untuk memberikan anaknya kepada orang lain untuk dijaga dan berharap sekumpulan individu yang terlibat itu dikenakan hukuman setimpal.
Sementara itu, lima individu termasuk seorang remaja bawah umur yang dipercayai terlibat dalam kes melarikan bayi berkenaan direman di Mahkamah Bukit Mertajam semalam.
Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.