“Ibu Bapa Tolong Hati-Hati” – Sindiket Jual Organ Kanak-Kanak Didakwa Masih Aktif, ‘Target’ Penculikan Sekitar Ibu Kota

Kehidupan

“Ibu Bapa Tolong Hati-Hati” – Sindiket Jual Organ Kanak-Kanak Didakwa Masih Aktif, ‘Target’ Penculikan Sekitar Ibu Kota

Setiap ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak, tidak kiralah dari segi keperluan ataupun pendidikan misalnya.

Namun, aspek keselamatan anak-anak juga perlu dititik berat oleh ibu bapa di luar sana bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi kepada anak contohnya seperti kes jenayah dan penculikan.

Advertisement
budak diculikSumber : Google  

Masih ingatkah anda mengenai peristiwa hitam yang menimpa kanak-kanak malang iaitu kisah adik Nurin, Sharlinie yang sehingga kini menjadi igauan ibu bapa.

Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial Twitter mungkin dapat memberi peringatan kepada anda di luar sana yang mempunyai anak kecil agar lebih berhati-hati ketika membawa anak keluar berjalan.

Dalam hantaran tersebut, terdapat sindiket menjual organ kanak-kanak di Thailand yang didakwa masih aktif dan kini giat mencari mangsa sekitar ibu kota.

Meskipun ada netizen mendakwa mesej peringatan itu hanyalah sekadar berita palsu, namun ia sepatutnya menjadi iktibar berikutan kes pemerdagangan manusia sememangnya pernah dilaporkan terjadi di Malaysia.

Benda ni ‘awareness’. Kalau bukan pun sindiket jual organ. Tetap juga kena pesan dan berhati-hati. Terutama anak kecil. Lupa ke pada kisah Nurin, Sharlinie, Son Seng dan beberapa lagi budak hilang?

Netizen juga dalam pada itu turut mengambil contoh kes cubaan menculik anak kepada selebriti Lufya Omar, Laana Haura yang berlaku pada minggu lalu.

dilema pilih bakal isteri atau mentua
2 bulan lalu

“Aku Buntu” - Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua, Lelaki Runsing Pilih Jaga Ibu Sakit Atau Bakal Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...