“Aku Buntu” – Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua, Lelaki Runsing Pilih Jaga Ibu Sakit Atau Bakal Isteri

Kehidupan

“Aku Buntu” – Enggan Duduk Serumah Dengan Mentua, Lelaki Runsing Pilih Jaga Ibu Sakit Atau Bakal Isteri

Satu perkongsian di media sosial Twitter baru-baru ini mengundang pelbagai respon daripada netizen berikutan seorang individu ini telah berkongsi dilema sama ada untuk memilih bakal isteri ataupun ibunya yang sedang sakit.

Kata individu itu, dia bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan namun bakal isterinya itu enggan tinggal bersama-sama ibunya kelak.

Advertisement

Yang membuatkan lelaki itu bertambah rungsing adalah apabila ibunya tidak sihat dan baru sahaja kematian suami.

Malah, statusnya sebagai abang dan anak sulung juga menjadikan dia rasa lebih bertanggungjawab untuk menguruskan ibunya selain adik-adiknya kini menetap agak jauh.

Disebabkan oleh itu, individu itu berasa buntu sama ada untuk menurut sahaja permintaan bakal isteri ataupun ingin terus menjaga ibunya di rumah.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan respon dan pendapat yang pelbagai serta cadangan kepada lelaki itu bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Komen TwitterSumber : Twitter  

Ada yang merasakan sukar untuk bakal isteri duduk serumah dengan mentua kerana cara didikan dan dibesarkan yang berbeza.

Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan adalah lebih baik lelaki itu berbakti kepada ibunya dahulu sementara masih hidup jika tidak ingin berbalah di kemudian hari.

“Cari rumah sewa dekat-dekat dengan rumah mak kau. Jangan duduk sekali dengan mak kau walaupun tanggungjawab kau dengan mak kau besar mana sekalipun. Tu tanggungjawab kau bukan dia, kenapa nak bebankan dia.” saran seorang netizen.

ridzuan
5 bulan lalu

"Dalam Akaun Ada RM30 Je" - 2 Bulan 'Company' Tak Bayar Gaji, Bila Tanya Terus Dipecat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 4, 2022 at 1:46 pm

    lain orang lain didikan. tak blh nk expect bakal bini nk terima terus. nak2 kita tak tahu macam mana dia dgn famili dia sndri, berantakan ke, happy ke, trauma ke, etc. jgn sbb dia tak nk duk serumah terus nk minta putus. ini dugaan hidup orng kawen. melainknla awal2 dia da caci maki hina maknye, yg tu pikirla baik2, baik takyah terima.

    bagi aku, baik usahakan sewa rumah dekat-dekat dulu. nanti adik beradik nk melawat, mesti nk tinggal serumah dgn mk bila melawat, nnt bini jugak tak selesa. usahakan bawa bini mlawat mak beberapa kali dlm seminggu. InsyaAllah, klu didik bini btul2, lambt laun dia pun akan terbuka hati nk jaga mak sekali. ini pengalaman aku sndri. Doa je la byk2. yag suaminya plak blh je singgah selalu lepas balik keje ke, utk uruskan makny apa yang patut. bincang byk2 dgn bini, itu paling penting.

    usahakan upah org kg utk jaga mak. klu tak mampu, usahakan pasang CCTV kat rumah mak. skrng ni byk cctv murah kat shopee.

  2. Anonymous

    July 4, 2022 at 11:23 am

    dlm agama, suami isteri kne ada rumah sndr. kalau ada konflik takkan terdedah keluar. kalau idup beralas toto, laki bini je tau.

    bini bukan pekerja yg digajikan. kne manage expectation adik beradik. nnti adik badik ckp, tu bini ko ada, suh laa dia buat. so derang boleh mengelat.

    duduk bersama ni bkn laa tak ok. tp depends sape kuar duit laaa…. cth bil tggi, nanti mak ckp laki bini yg syok tdo sepjg mlm pkai ekon. laki bini pulak ckp, derang siang xde kt rmh. mlm je ada. sama laa dgn brg2 lam peti es. kalau duk serumah ngn mak nak tak nak kne bg mkn elok2 jugak. kalau rmh sndr, ikat perut pun xpe.

    bakal suami dan bakal isteri kne ada tolak ansur. kalau tiba2 mak perempuan sakit, nak tak lelaki tu pindah duk sebumbung utk jaga mak pompuan pulak.

    aku rasa lelaki tu kejam jgk laa… perempuan mana2 pun mesti nk ada privacy. dh ko paksa dia pilih antara mak ko dgn privacy, kalau dia paksa ko pilih mnde tu, ok ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...