“Dalam Akaun Ada RM30 Je” – 2 Bulan ‘Company’ Tak Bayar Gaji, Bila Tanya Terus Dipecat

Kehidupan

“Dalam Akaun Ada RM30 Je” – 2 Bulan ‘Company’ Tak Bayar Gaji, Bila Tanya Terus Dipecat

Vial di media sosial Twitter baru-baru ini mengenai satu ciapan daripada seorang pengguna dikenali sebagai Emir S Hendry yang berkongsi kisah keperitan yang terpaksa dilalui oleh seorang lelaki dan keluarganya.

Menerusi ciapan tersebut, lelaki yang bernama Ridzuan itu dipercayai sudah hampir 2 bulan tidak dibayar gaji oleh syarikat dimana dia bekerja.

Advertisement

Malah, gaji setiap bulan yang diterima daripada syarikat itu juga sering tidak mencukupi dan terkurang sebanyak RM 400 hingga RM 600.

ridzuan

Bila dia tanya pasal gaji, company terus buang.

Lebih menyedihkan apabila Ridzuan juga mempunyai anak yang masih kecil dan memerlukan keperluan seperti susu dan pampers yang dianggarkan kos sebanyak RM100 sebulan.

Namun kini, dia dan keluarga hanya bergantung hidup dengan sedikit baki daripada gaji yang terdapat di dalam akaun bank.

Dalam akaun untuk masa sekarang pun ada tersisa baki RM30 je..

pampers

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan majikan serta syarikat lelaki itu bekerja kerana bersikap tidak prihatin terhadap pekerja mereka.

Semoga company yang buat zalim dekat pak cik ni melingkup dan bankrup – netizen.

Majikan macam ni memang tempatnya esok kat neraka la. Kau dah kerah tenaga orang separuh mati, time bayar gaji kau naya orang,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mat kilau
2 years ago

"Tolonglah Duduk Tempat Sendiri" - Beli Tiket Mat Kilau Tapi 'Seat' Dirembat Orang, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...