“Mungkin Dia Dalam Tempoh Bertenang” – Hilang Lepas Bercerai, Ayda Jebat Dedah ‘Lost Contact’ Dengan Fyna

Hiburan

“Mungkin Dia Dalam Tempoh Bertenang” – Hilang Lepas Bercerai, Ayda Jebat Dedah ‘Lost Contact’ Dengan Fyna

Penyanyi Ayda Jebat mendedahkan dia tidak tahu keberadaan adiknya, Fyna Jebat dan sudah lost contact sejak beberapa bulan yang lalu.

Jelasnya, sebelum menghilangkan diri Fyna ada menghubunginya namun tidak dapat berbual kerana sedang bekerja.

Advertisement

Tambah Ayda, dia juga enggan masuk campur urusan peribadi adiknya itu dan Fyna memang bersikap sebegitu serta tidak pernah mengadu apa-apa kepadanya.

Tak ada (mengadu). Saya pun tak tahu dia sedih ke apa ke. Kalau call pun tak pick up, Whatsapp pun tak reply. Dia memang selalu macam tu pun.”

aydafyna

Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, dia menganggap adiknya sedang dalam fasa menenangkan diri serta mungkin tertekan kerana tidak biasa berdepan dengan media serta netizen.

Saya rasa dia sedang cuba atau pun cuba lari atau cuba faham ke, saya pun tak pasti. Tapi saya tahu dia di tahap (tertekan) kritikal ke tidak. Kalau kritikal dia akan cari saya.”

Dalam pada itu, ramai warganet memuji Ayda kerana tidak mengelak daripada menjawab soalan tentang adiknya dengan cara yang positif dan matang.

fyna jebat
12 months ago

"Salam Janda Tersakiti" - Biarpun 'Panas' Dengan Isu Bercerai, Fyna Jebat Kekal Profesional Di Set

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...