“Salam Janda Tersakiti” – Biarpun ‘Panas’ Dengan Isu Bercerai, Fyna Jebat Kekal Profesional Di Set

Hiburan

“Salam Janda Tersakiti” – Biarpun ‘Panas’ Dengan Isu Bercerai, Fyna Jebat Kekal Profesional Di Set

Beberapa hari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan khabar berita mengenai penceraian antara bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan dan isteri keduanya yang juga merupakan seorang selebriti, Fyna Jebat.

Difahamkan, pasangan tersebut sudah pun berpisah dua minggu lalu dan hal itu disahkan sendiri oleh saudara Zainal.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #makeupartist (@iansham)

Buat masa ini, pihak media tidak dapat menghubungi kedua-dua pihak untuk bertanya maklumat lanjut mengenai isu ini, tetapi Fyna kelihatan tenang di set penggambaran, baru-baru ini.

Melalui video yang dimuat naik oleh seorang make-up artist di Instagram itu, Fyna masih profesional menjalankan tanggungjawab biarpun kini isu penceraiannya sedang hangat diperkata ramai.

Sekadar info, saudara Zainal memberitahu pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berpisah kerana tiada persefahaman di antara Fyna dan isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini.

Zainal Abidin Fyna Jebat
2023-05-17 19:18:38

"Dibuatnya Macam 'Transfer Window'"- Zainal, Fyna Jebat Dah Dua Minggu Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram