Sebelum ini pernah ada sejarah ‘hitam’ berlaku curang terhadap isteri, kali ini nama selebriti Aliff Aziz sekali lagi terpalit dalam isu yang mengatakan dirinya keluar dengan wanita lain pula.
Dakwaan tersebut sememangnya dinafikan sekeras-kerasnya oleh pelakon serta penyanyi terbabit dan berkata ia tidak benar.
Kata Aliff, dia sangat terkejut dengan khabar angin tersebut kerana isteri, Bella Astillah mengetahui setiap aktiviti hariannya.
View this post on Instagram
Saya rasa orang yang nampak tersalah kot. Might be my cousin.. jadi saya dan Bella pun terfikir siapa individu yang dimaksudkan tu.
Dalam pada itu, pelakon itu sempat berseloroh mungkin dirinya perlu sentiasa update di Instagram Story sedang keluar dengan mana-mana individu sebagai bukti.
Tambahannya lagi, dia sendiri akui sebagai seorang selebriti, hal-hal seperti ini memang tidak dapat dihindar tetapi asalkan dirinya tahu tidak bersalah maka Aliff enggan mengambil pusing isu tersebut.
Aliff turut sempat memohon maaf kepada orang ramai tentang kesalahan lampau yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.