Tak Bercakap & Mesra Macam Dulu, Aliff Aziz & Sophia AlBarakbah ‘Dingin’ Di Set Penggambaran?

Hiburan

Tak Bercakap & Mesra Macam Dulu, Aliff Aziz & Sophia AlBarakbah ‘Dingin’ Di Set Penggambaran?

Sebelum ini, timbul kontroversi membabitkan Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah sehingga tercetusnya isu ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga bersama isteri, Bella Astillah.

Difahamkan, kontroversi itu mula hangat diperkatakan apabila Aliff dan Sophia bergandingan dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Bella turut mendakwa Sophia sering bermanja dengan suaminya selain enggan membuat ‘rehearsal’ tanpa kehadiran Aliff di set penggambaran.

Kalau hari-hari orang datang manja-manja, nak rehearsal tak boleh ada hero tak boleh. Takut jugak, kalau suami saya sendiri tersuka macam mana.

Namun, baru-baru ini Aliff dan Sophia dikatakan sudah ‘dingin’ dan tidak berkomunikasi lagi di set penggambaran drama tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, kedua pelakon itu bekerja secara profesional untuk menghabiskan baki penggambaran yang masih belum selesai, namun dilihat tidak lagi berkomunikasi dengan mesra seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, pengarah drama tersebut iaitu Osman Ali berkata dia tidak mengetahui situasi di lokasi penggambaran.

Saya tak ada di set sekarang, co-director yang handle di sana. Saya tak tahu sebab tengah berehat sekarang.

Bagaimanapun, Osman memaklumkan drama tersebut telah mendapat sambutan baik daripada penonton termasuk di media sosial.

Apapun, saya yakin peminat Sophia dan Aliff, mereka tetap setia beri sokongan dan menonton drama ini dengan tolak ke tepi sebarang isu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Hafidz Roshdi 'Upload' Gambar Pegang Tangan, Netizen Tanya - "Tangan Penyondol Ke Tangan Isteri?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...