Muncul Spekulasi Nak Berpisah, Priyanka Chopra Buang ‘Surname’ Nick Jonas Di Twitter

Hiburan

Muncul Spekulasi Nak Berpisah, Priyanka Chopra Buang ‘Surname’ Nick Jonas Di Twitter

Aktres Bollywood terkenal Priyanka Chopra tiba-tiba sahaja menjadi bualan hangat pengguna media sosial apabila dia dilihat telah membuang nama keluarga (Surname) Nick Jonas daripada sudut pengenalan di Twitter dan juga Instagramnya pada Isnin lalu.

Ia sekaligus mencetuskan persoalan dalam netizen sehinggakan muncul pula khabar angin yang mengatakan pasangan ini bakal berpisah tidak lama sahaja lagi.

Advertisement

Namun begitu, setelah beberapa lama spekulasi itu muncul di media sosial, pelakon antarabangsa itu dilihat telah meninggalkan komen romantik di sebuah hantaran video yang dimuat naik suaminya itu.

Menerusi video hitam putih yang dimuat naik Nick Jonas itu, Priyanka menulis komen berbaur sayang sekaligus menepis dakwaan netizen yang beranggapan bahawa pasangan ini berada dalam masalah.

View this post on Instagram

A post shared by Nick Jonas (@nickjonas)

Meskipun begitu, masih tidak jelas apakah sebab Priyanka mengeluarkan nama Jonas daripada akaun media sosialnya itu.

Sekadar info, Priyanka dan Nick Jonas mula menjalani hubungan cinta pada Mei 2018 sebelum mendirikan rumah tangga pada 1 Disember 2018 yang lalu.

Aamir Khan
6 hari lalu

Selepas 4 Bulan Bercerai, Aamir Khan Bakal Berkahwin Semula Tak Lama Lagi?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...