Selepas 4 Bulan Bercerai, Aamir Khan Bakal Berkahwin Semula Tak Lama Lagi?

Hiburan

Selepas 4 Bulan Bercerai, Aamir Khan Bakal Berkahwin Semula Tak Lama Lagi?

Baru-baru ini, timbul khabar angin dimana pelakon popular Bollywood, Aamir Khan bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi biarpun baru sahaja bercerai empat bulan lalu.

Memetik laporan daripada Kosmo Online, duda yang mempunyai tiga anak itu dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang juga merupakan seorang pelakon.

Advertisement

Dalam pada itu, Aamir akan mengumumkan berita gembira tersebut setelah selesai dengan penggambaran filem lakonannya iaitu Laal Singh Chaddha yang digandingkan bersama aktres jelita, Kareena Kapoor.

Menurut sumber terdekat kepada pelakon itu, Aamir tidak mahu berita perkahwinan ini mengalih perhatian orang ramai dari filem lakonannya, namun sehingga kini beliau belum mengesahkan tentang khabar angin tersebut.

Sebelum ini, terdapat khabar berita dimana aktres Fatima Sana Shaikh merupakan punca keretakan rumah tangga aktor tersebut tetapi kedua-dua menafikannya dan Fatima sendiri memberitahu, dia hanya menganggap Aamir sebagai mentornya dalam dunia lakonan sahaja.

Aamir Khan dan anaknyaSumber : Google 

Terdahulu, pelakon filem 3 Idiots dan isterinya, Kiran Rao bercerai sekitar bulan Julai selepas mendirikan rumah tangga bersama sejak tahun 2005 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Azad Rao Khan pada tahun 2011.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah ini.

Nabila Huda
2 years ago

Kongsi Foto Buat Imbasan Kehamilan, Peminat Doakan Nabila Huda Agar Cepat Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...