Muncul Lagi Varian Baharu Covid-19, Dah Merebak Ke 22 Negara – “Varian Ini Sedang Dipantau..”

Berita

Muncul Lagi Varian Baharu Covid-19, Dah Merebak Ke 22 Negara – “Varian Ini Sedang Dipantau..”

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini memberi tumpuan serius terhadap penularan satu lagi varian baru Covid-19 yang dinamakan NB.1.8.1, yang dilaporkan mula merebak ke beberapa negara termasuk di benua Eropah, Asia Tenggara, serta Amerika Utara dan Selatan.

Memetik laporan Sinar Harian, WHO berkata, varian ini merupakan keturunan daripada Omicron JN.1 dan telah dikesan tersebar di 22 negara setakat 28 Mei 2025.

Advertisement
covid19

gambar hiasan

Varian ini dikategorikan sebagai varian yang sedang dipantau.

Walau bagaimanapun, WHO menegaskan bahawa varian NB.1.8.1 tidak menyebabkan gejala atau penyakit yang lebih serius berbanding varian Covid-19 lain yang sedang beredar ketika ini.

Menurut laporan, varian baharu NB.1.8.1 menunjukkan gejala jangkitan yang hampir sama dengan varian Covid-19 lain.

lelaki memakai penutup pelindung muka

gambar hiasan

Profesor William Schaffner dari Vanderbilt University Medical Center di Amerika Syarikat menjelaskan bahawa varian ini tidak mempunyai gejala khusus yang membezakannya, namun varian terdahulu dilihat lebih cenderung menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital.

Antara gejala biasa yang dialami oleh pesakit termasuk demam, menggigil, batuk, sakit tekak, keletihan, sesak nafas dan cirit-birit. Berita baiknya, imuniti daripada vaksinasi atau jangkitan terdahulu dijangka masih berkesan dalam memberikan perlindungan terhadap varian NB.1.8.1.

Walaupun pakar tidak melihat varian ini sebagai ancaman serius, langkah pencegahan masih penting untuk elak penularan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik dibawah.

covid case di bangkok meningkat
1 month ago

Kes Covid-19 di Thailand Meningkat Lebih Dua Kali Ganda, Bangkok Catat Kes Tertinggi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...