Kes Covid-19 di Thailand Meningkat Lebih Dua Kali Ganda, Bangkok Catat Kes Tertinggi

Dunia

Kes Covid-19 di Thailand Meningkat Lebih Dua Kali Ganda, Bangkok Catat Kes Tertinggi

Kes Covid-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 pada minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, memetik Sinar Harian.

Jumlah kes antara 11 hingga 17 Mei adalah lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes pada minggu sebelumnya. Seramai 1,918 pesakit dimasukkan ke hospital, manakala dua kematian dilaporkan di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi.

Advertisement

covid case bangkok meningkat

Bangkok mencatatkan kes tertinggi iaitu 6,290, diikuti Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482), dan Samut Prakan (1,442). Kebanyakan jangkitan melibatkan individu berumur 30 hingga 39 tahun.

Orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka dan menjalani ujian kendiri (kit ATK) jika mengalami simptom seperti demam, batuk, sakit tekak atau keletihan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-05-20 12:52:53

Aplikasi 'CariLocum' Ini Permudahkan Urusan Doktor Mencari Pengganti Atau Tempat Lokum

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.