Muna Al Sarunee: Dulu Ibu Tunggal Miskin Tapi Kini Isteri Ke-5 Jutawan Dubai, Diberi Nafkah RM2.1 Juta Sebulan

Gaya Hidup

Muna Al Sarunee: Dulu Ibu Tunggal Miskin Tapi Kini Isteri Ke-5 Jutawan Dubai, Diberi Nafkah RM2.1 Juta Sebulan

Tak perlu buat apa-apa, hanya perlu pastikan dirinya sentiasa cantik dan berhias.

Itulah apa yang dirasai oleh seorang wanita bernama Muna Al Sarunee yang mengahwini hartawan dari Dubai, Ahmed Nu Al Sarunee.

Advertisement

 

Siapa Muna?

Muna seorang wanita yang berasal dari Thailand dan merupakan ibu tunggal lebih 10 tahun lalu. Ketika itu, dia perlu bekerja keras untuk menyara serta membesarkan dua orang anaknya.

Bagaimanapun, nasib Muna berubah pada tahun 2010 selepas dia berjumpa dengan Ahmed dan bersetuju untuk menjadi isteri kelima lelaki tersebut.

muna

 

Nafkah 2.1 juta, dikelilingi pembantu dan ‘bodyguard’

Kata Muna, walaupun tahu Ahmed seorang jutawan, dia langsung tidak tertarik kepadanya ketika mula berrkenalan. Namun selepas empat tahun bercinta jarak jauh, mereka mendirikan rumah tangga ketika Muna menginjak usia 60 tahun.

Ketika itu, hidupnya berubah sekelip mata dan dikelilingi kemewahan serta bahagia tinggal sebumbung dengan 4 orang madunya yang lain.

Muna diberikan nafkah bulanan sebanyak RM2.1 juta selain tidak perlu membuat apa-apa kerja rumah, disediakan 16 orang pembantu dan 20 pengawal peribadi.

muna

muna

 

Hanya perlu cantikkan diri

Difahamkan, keluarga Ahmed mempunyai tradisi di mana mereka mempunyai banyak peraturan ketat yang perlu dituruti.

Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan, semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah.”

Bukan itu sahaja, Muna cuma perlu memastikan dia bersolek dan mencantikkan diri setiap hari. Kehidupan seharian Muna, dia hanya pergi ke spa atau membeli belah serta menemani suaminya ke majlis-majlis mewah.

muna

Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan masa kini. Setiap hari saya tidak perlu melakukan apa-apa selain berpakaian cantik untuk dilihat suami.”

Meskipun begitu, sebelum ini dia telah menetapkan syarat kepada suaminya iaitu sekiranya lelaki itu mahu menambah isteri, dia perlu menceraikan Muna.

Marion caunter
9 months ago

"Ada Duit Bolehla..." - Marion Caunter Letih Dituduh Cantik Kerana Berharta Dan Hidup Mewah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...