“Ada Duit Bolehla…” – Marion Caunter Letih Dituduh Cantik Kerana Berharta Dan Hidup Mewah

Hiburan

“Ada Duit Bolehla…” – Marion Caunter Letih Dituduh Cantik Kerana Berharta Dan Hidup Mewah

Pengacara dan personaliti TV, Marion Rose Caunter mengakui dirinya penat dan letih kerana dilabel mempunyai wajah yang cantik hanya kerana dilahirkan kaya dan hidup mewah.

Sebaliknya, wanita berusia 43 tahun ini menegaskan bahawa setiap orang boleh menjadi cantik berbekalkan disiplin dan kerja keras.

Advertisement

Banyak kali saya dengar orang cakap Marion ada duit, bolehlah cantik, kalau tidak, lebih baik dia bunuh diri.

Hakikatnya, cantik bukan soal ada duit, pokok pangkalnya diri dan disiplin.

Ujarnya, jika seseorang itu berharta, banyak perkara perlu dilalui seperti disajikan makanan yang sedap sekaligus menuntut disiplin yang tinggi. Jika tidak berdisiplin, pasti nafsu akan menguasai sekaligus boleh menjadi gemuk dan badan tidak cantik.

Tambah isteri kepada usahawan SM Nasarudin SM Nasimuddin ini lagi, dia juga mengambil pendekatan untuk tidak melakukan rawatan muka secara melampau dan memilih untuk menjalani penuaan secara semula jadi.

Saya elakkan rawatan berlebihan atau guna terlalu banyak produk. Setakat ini saya cuma buat laser, namun kesibukan menyebabkan saya sukar cari masa untuk melakukannya.

Dia walau bagaimanapun tetap takut dengan risiko kegemukan dan kini sedang mengurangkan pengambilan gluten dan susu atas faktor kesihatan.

“Bagi saya bersederhana dan gembiralah dalam setiap apa yang dilakukan” ujarnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Irma Hasmie
9 months ago

"Mohon Doa Semua" - Tulis Kapsyen Sedih & Buang Foto Suami, Rumah Tangga Irma Hasmie Bermasalah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan Malaysia

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...