“Mummy Kau Pun Aku Pijak, Ape Lagi Kau” – Ancam Nak Hentam Anak, Tular Anggota Maritim ‘Kaki’ Pukul Isteri

Trending

“Mummy Kau Pun Aku Pijak, Ape Lagi Kau” – Ancam Nak Hentam Anak, Tular Anggota Maritim ‘Kaki’ Pukul Isteri

Tular di aplikasi Twitter perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Belle yang mendedahkan perbuatan kejam suaminya.

Menerusi ‘posting’ dimuat naik oleh Belle, dia menunjukkan gambar dan mendedahkan pernah dipukul sehingga ‘lunyai’ oleh lelaki itu.

Advertisement

Bukan itu sahaja, suaminya yang juga dikatakan anggota maritim itu turut mencuranginya.

Lebih menyedihkan lagi, selepas diperlakukan sebegitu oleh suami dia sebaliknya dituduh ‘tak betul’ oleh keluarga mentua pula.

Tidak cukup membelasah isteri, suaminya itu juga didakwa turut mengancam untuk memukul anak mereka berusia 2 bulan.

Belle turut memuat naik video saat ketika suaminya bercakap dengan anak mereka.

Mummy kau pun aku pijak apa lagi kau?”

Kata Belle, pelbagai alat telah digunakan oleh suaminya dan menjadikannya ‘punching bag’ sejak tahun lepas.

Antara yang digunakan lelaki itu untuk memukulnya termasuk ‘handphone’ dan laptop. Difahamkan, Belle akan melawan dan membawa kes ini ke mahkamah.

Bermacam cerita dikongsikan Belle menerusi ‘posting’ itu yang kini mendapat lebih 10,000 ‘retweets’ daripada pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikana artikel trending lain pada pautan di bawah.

wanita dipukul suami hingga mati
2 years ago

'Update' Kecurangan Suami Di Media Sosial, Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...