Written by AbangNara | May 16th, 2013

Selepas memberitahu yang dirinya kini bertudung tetapi masih menerima tawaran yang menampakkan rambut, pelbagai kecaman, cacian dan kritikan telah diterima oleh Lisdawati. Sudah tentu orang ramai memberikan komen negatif kepada Lisdawati kerana masih sanggup menerima tawaran berlakon yang mendedahkan aurat.

lisdawati

Berkata kepada portal GUA, Lisdawati mengakui sangat kecewa apabila dihukum oleh orang ramai secara bertubi-tubi. Kata Lisdawati:-

Saya tak nak komen lagi mengenai perkara ini. Biarlah perkara ini reda dahulu. Bertubi-tubi orang menghukum saya, jadi biarlah saya mendiamkan diri buat sementara waktu. Saya baru sahaja hendak membiasakan diri dengan imej dan penampilan baru, tapi telah ada orang mencaci saya. Saya sebagai manusia biasa, yang punya hati dan perasaan sangat kecewa apabila perkara terbabit terjadi

lisdawati bertudung

Walaupun masih menerima tawaran yang membuka tudung, Lisdawati memaklumkan yang dia enggan menerima watak-watak daring seperti wanita penggoda. Seboleh-bolehnya, watak yang dibawa tidak memakai pakaian seksi dan mencolok mata. Tambah Lisdawati lagi:-

Saya sudah tidak mahu fikir lagi tentang cakap-cakap orang. Mulut orang, kita susah nak tutup. Jadi, biarlah saya relaks dulu sekarang dan tidak memberikan sebarang komen. Saya mahu Istiqamah dalam melakukan perkara ini kerana saya berubah pun kerana Allah. Semuanya bergantung kepada niat kita sendiri

Bagi Abang Nara, komen-komen negatif yang diterima oleh Lisdawati menunjukkan yang peminat sayang kepadanya. Kalau nak berubah, berubahlah terus. Jangan separuh-separuh. Percayalah pada rezeki yang diberi oleh Allah. Kalau berubah ke jalan kebaikan, pasti lebih murah rezekinya. Sama-samalah kita doakan agar Lisdawati tabah hati untuk menolak tawaran yang menunjukkan rambutnya.

P.S: Musang Fennec yang amat comel.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

56 responses to Mulut Orang, Kita Susah Nak Tutup – Lisdawati

  1. LULULALA says:

    JANGANLAH KAMU BERHIJAB KRN FESYEN..KUAT HATI UTK TERUS BERHIJAB.JIKA NIAT ITU KERANA ALLAH TAALA..KAMU AKAN MUDAH , NIKMAT DAN TENANG…IKHLAS LAH KERANA ALLAH…ALLAH MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.

  2. Linzy Longkang says:

    senang jer kalo Lisda nak tutup mulut org bermulut puaka, kasi penampar jer kat dorang tuh yg suka jaga tepi kain org

  3. linda says:

    kita lahir2 dah islam..perlu ke belajar2 pakai tudung..bkn kecik2 dulu pun kene pakai tudung ke gi skolah agama…kalo orang bukan islam pastu masuk islam mungkin la perlu belajar sbb lgsung tak pernah pakai tudung…hmmm..pendapat aku je la..lain org lain pendapat..pendapatan pun lain2…:D

  4. student bandung says:

    senang cmni la lisda…bertudung full time ni wajib..tutup aurat full time ni wajib, dh tulis dlm quran lama dulu..

    kalau tak ready nk pakai tudung full time, jgn bg kenyataan awak dh bertudung…tu je..senang kan???

    org mesti la kecam..awak mcm mempermainkan agama awak sendiri..ibarat nk kawen, tp masih mahu msg2 lovey dovey dgn byk laki bkn suami..paham? mmg bkn buat sex bebas dgn laki bkn suami, cuma msg2 je..sama la, nk pakai tudung, tp utk certain scene dedah rambut takpe..

    again aku bgtau retis msia ni..tak payah buat PC psl pakai tudung..malu je..

  5. ???? ?????? says:

    ???????? ???????????????????????????????5??????????