Written by AbangNara | May 13th, 2013

Susah juga jadi pelakon terutamanya buat wanita. Nak pakai tudung pun ada kekangan daripada segi bab tawaran berlakon. Namun usaha Lisdawati untuk menutup aurat seharusnya dipuji. Sekurang-kurangnya Lisdawati sudah ada usaha untuk berubah ke arah kebaikan. Itu yang penting.

lisdawati

Walaupun sudah berimej baru, Lisdawati masih menerima tawaran berlakon yang menampakkan rambut. Kata Lisdawati kepada portal Murai:-

Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

lisdawati

Susah kan jadi pelakon? Abang Nara memang akan menghalang anak Abang Nara menjadi pelakon walaupun mendapat tawaran menjadi hero filem. Tambah Lisda lagi:-

Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh. Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata. Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.

lisdawatiPerlahan-lahan berubah pun dah kira okay. Mungkin tahun ini masih terima tawaran yang menampakkan rambut. Tahun depan tak perlu dah. Slow-slow. Yang penting berubah. Apa pun tahniah kepada Lisdawati atas perubahan ini.

P.S: Pasangan romantis pada musim banjir

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to Lisdawati Kini Bertudung, Masih Terima Tawaran Lakonan Menampakkan Rambut

  1. Anonymous says:

    nie sorang lagi artis bengap…..nak buka tudung sebab kehendak pengarah dan skrip….kalau rasa tak ready nak bertudung, jgn buat…..jgn main2 dgn hukum agama….

  2. Miss A says:

    merepek and jahil. berlakon pon haram, pendapatan pon haram, semua pon haram. apa yang tinggal? hati yang gelap. sebab tu jadi macam ni.

  3. delulu says:

    “jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.”

    harap2 kalo blh elak kan lg bgs… rezeki tu dtg dr Allah, kalo kak lisdawati pkai tudung krn Allah pasti Allah akan bukak pintu rezeki tok akak wlupon bkn dr bidang lakonan =)

  4. Cik Peah Tak Kemaruk 1st says:

    dia ckp nk bertudung je bkn nk tutup aurat..thts y kejap bukak kejap tutup…

  5. nasi ambeng says:

    apepun satu pekembangan yg baik dlm dunia retis ;)

  6. Puak salaf says:

    Bkn nk backup artis.. cume nak kongsi pandangan.. artis tu xbertudung.. hukum dedah aurat adalah haram dan berdosa..tu xde sape pertikai.. hukum mengate dan mengumpat itu jgk haram dan berdosa.. itu ad x sape yg nk pertikai?.. kalo dikatakan utk kebaikan.. ko ingat artis tu akn insaf ble kene kutuk.. xde dlm sejarah nabi.. nabi berdakwah dgn care mengutuk.. korang tahu x.. org yg berdosa dgn Allah s.w.t hanya memerlukan satu detik utk die kebali bertaubat.. tp org yg mengumpat ni?.. dose sesame manusia tidak akan Allah ampunkn selagi xdpt pengampunan dr tuan pnye bdn.. muhasabah la diri.. aku tau org yg ske mengate ni pun bknlah baik mne pun…