Melalui platform TikTok, baru-baru ini, seorang peguam telah berkongsikan kisahnya bersama anak guam mengenai isu poligami tidak indah seperti yang diuar-uarkan beberapa individu yang ‘mengamalkannya’.
Poligami indah khabar dari rupa
Kata peguam syarie terbabit, seseorang yang mengamalkan hidup berpoligami ini hanya akan berasa indah pada bulan terawal sahaja.
Masuk bulan-bulan yang seterusnya, individu berpoligami ini akan mula berasa beban dengan tanggungjawab yang dipikul.
Mula-mula seronok, tapi bila masuk bulan kedua dan seterusnya, itu dah masuk fasa tanggungjawab. Bila masuk fasa ini, itulah yang akan terasa beban.
Netizen setuju, jangan terjebak
Dalam pada itu, peguam syarie tersebut berkata kebanyakan anak guamnya yang mengamalkan poligami berpesan agar tidak terjebak dengan hal tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat peguam tersebut dan lebih memilih untuk setia pada yang satu.