“Mula-Mula Muka Jadi Sembab..” Wajah Wanita Ini Berubah Jadi Orang Tua Sebab Alahan Hamil

Gaya Hidup

“Mula-Mula Muka Jadi Sembab..” Wajah Wanita Ini Berubah Jadi Orang Tua Sebab Alahan Hamil

Seorang wanita bernama Ain tampil berkongsikan ujian yang terpaksa ditanggung olehnya ketika hamil anak kedua, baru-baru ini.

Michael Ang
1 bulan lalu

"Hormati Saya Sebagai Budak Suara Pondan Kepit.." Iqbal Minta Michael Ang Henti Jatuhkan Maruah Dirinya Di IG

Advertisement

Cerita Ain, bukan sahaja alahan mabuk dan mual sejak kandungan berusia dua bulam, dia juga mengalami perubahan ketara pada kulit muka sehingga membuatkan wajahnya membengkak, sembab dan berkedut teruk.

 
Perkara tersebut berlaku ketika kandungannya mula memasuki trimester kedua dan mula merasai sedikit kelainan pada wajah namun enggan terlalu memikirkan mengenainya kerana beranggapan mungkin faktor stress.

Mula-mula terjadi, ketika itu saya bangun tidur dan perasan wajah macam sembab. Di bahagian dahi timbul garisan berkedut. Saya positif je sebab fikir mungkin sebab stres. Tapi kemudian kulit muka macam berminya, kalau pakai tudung material chiffon, memang ketara lekat kesan minyak. Tak lama tu naik biji halus macam jerawat pasir.

Jelasnya lagi, dia pernah membaca mengenai pengalaman yang sama dialami oleh seorang wanita ketika hamil sekitar tahun lalu namun tidak percaya perkara yang sama turut dilalui olehnya.

Advertisement

Ain juga pernah berikhtiar mengunjungi pakar kulit namun tidak berhasil berikutan bimbang akan ubat-ubatan yang diberikan mungkin akan menjejaskan kandungan.

Setelah melahirkan anak keduanya itu, wajah Ain kemudian perlahan-lahan kembali pulih seperti biasa seperti sebelumnya.

Nor Sahira DalimSumber : Google  

Terdahulu, sebuah portal media pernah membuat liputan mengenai seorang wanita bernama Nor Sahira Dalim yang mengalami alahan serupa sekitar bulan April tahun lalu.

Dalam pada itu, Ain sempat memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar sentiasa menjaga pertuturan dalam menegur kerana nasib setiap insan adalah tidak sama tambahan buat ibu mengandung yang mengalami perubahan hormon sepanjang kehamilan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...