Mukhriz Mahathir Letak Jawatan Menteri Besar Kedah Kali Kedua Selepas Hilang Sokongan Majoriti

Trending

Mukhriz Mahathir Letak Jawatan Menteri Besar Kedah Kali Kedua Selepas Hilang Sokongan Majoriti

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah yang ke-13, selepas Pakatan Harapan hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah. PH kehilangan sokongan majoriti selepas beberapa ADUNnya beralih sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) awal minggu ini.

Ini merupakan kali ke-2 beliau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri negeri itu. Kali pertama dia mengambi keputusan yang sama pada Februari 2016 berikutan berlaku salah faham dengan bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Advertisement
mukhriz mahathir

Sumber: Awani

Mukhriz yang membuat pengumuman di sidang medianya di Wisma Darul Aman, memberitahu dia sudah memaklumkan perkara ini kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi tadi.

Pakatan Harapan menang di Kedah pada pilihanraya umum ke 14 dengan kelebihan 2 kerusi berbanding 17 kerusi yang diperolehi oleh pihak pembangkang. Mukhriz yang merupakan ADUN Jitra dari Bersatu itu mengangkat sumpah sebagai menteri besar kali kedua selepas kemenangan itu.

Ketua pembangkang DUN Kedah dari PAS, Muhammad Sanusi Md Nor teah membuat pengumuman beliau memperoleh sokongan majoriti 23 ADUN daripada 36 wakil rakyat DUN Kedah bagi membentuk kerajaan baru bersama PN di negeri itu.

ADUN dari Lunas Azman Nasrudin dan dari Sidam, Robert Ling baru-baru ini telah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong PN.

4 years ago

Kerajaan Pakatan Harapan Kedah Jatuh, Dua ADUN PKR Umum Keluar Parti

Dalam perkembangan sama, seramai 23 ADUN PN selesai mengadap Sultan Kedah, di Wisma Darul Aman hari ini.

Sumber: Berita Harian

Ianya dilakukan dalam tiga sesi bermula jam 10 pagi yang didahului lapan ADUN termasuk Muhammad Sanusi Md Nor. Mereka dikatakan menghadap Sultan selama kira-kira 30 minit sebelum kumpulan kedua masuk pada jam 10.30 pagi dan kumpulan ketiga pada jam 11 pagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...