Kerajaan Pakatan Harapan Kedah Jatuh, Dua ADUN PKR Umum Keluar Parti

Trending

Kerajaan Pakatan Harapan Kedah Jatuh, Dua ADUN PKR Umum Keluar Parti

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dari negeri Kedah mengumumkan keputusan mereka untuk keluar parti hari ini.

Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) yang dikatakan berpihak kepada bekas timbalan presiden parti PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengatakan bahawa telah kehilangan kepercayaan dalam parti dan memilih jalan terbaik untuk berhenti.

Advertisement

Tambah mereka lagi, keputusan terbabit diambil susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Kedua mereka cenderung untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Mereka turut berjanji akan menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu.

Terdapat 36 kerusi DUN di Kedah, dengan PKR kini memegang 5 kerusi, Bersatu 6 kerusi, Parti Amanah Negara 4 kerusi dan DAP 2 kerusi. PAS dan UMNO masing-masing mempunyai 15 dan 2 kerusi.

Satu sidang media Pakatan Nasional dijadualkan akan diadakan pada 3 petang ini, yang dijangka disertai pimpinan PAS dan UMNO Kedah bagi mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...