“Muka Semua Pasrah Je” – Netizen Terhibur Lihat Para Suami Sabar Tunggu Isteri Ambil Gambar Makanan

Kehidupan

“Muka Semua Pasrah Je” – Netizen Terhibur Lihat Para Suami Sabar Tunggu Isteri Ambil Gambar Makanan

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan sekumpulan para suami yang terpaksa menunggu isteri mereka mengambil gambar makanan sebelum dapat menjamu makanan tersebut.

Menerusi video berkenaan, dilihat sekumpulan suami isteri sedang berkelah di tepi pantai dan menghidangkan beberapa juadah makanan di atas tikar.

Advertisement

Apa yang menghiburkan adalah apabila para suami dilihat pasrah berdiri sambil memegang pinggan berisis nasi telah ‘disidai’ para isteri yang sibuk mengambil gambar dan video makanan.

viral

Sehingga kini, video yang telah mencuit hati orang ramai itu telah meraih 2.5M tontonan, 251.5K tanda suka, dan 12.7K komen di laman TikTok.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi berkenaan yang disifatkan sangat sama dengan realiti kehidupan sebenar mereka.

“Dengar cerita tak dapat makan lagi sampai sekarang,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Sifat semula jadi perempuan memang macam tu,” tulis seorang netizen.

“Tak tahu nak gelak ke nak kesian,” tulis seorang lagi warganet.

Proton wira potong tak lepas
3 years ago

(VIDEO) Netizen 'Gugur Jantung' Tengok Proton Wira Elak Kemalangan Saat Akhir Dengan Lori

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...