(VIDEO) Netizen ‘Gugur Jantung’ Tengok Proton Wira Elak Kemalangan Saat Akhir Dengan Lori

Kehidupan

(VIDEO) Netizen ‘Gugur Jantung’ Tengok Proton Wira Elak Kemalangan Saat Akhir Dengan Lori

Setiap kali memandu, pastinya tidak akan terlepas dari melihat aksi – aksi sesetengah pemandu yang tidak berhati-hati malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Tidak salah untuk memotong kenderaan lain yang lambat atau yang mahu membelok namun perlulah memastikan agar situasi sekeliling selamat terlebih dahulu.

Advertisement

Tular di media sosial TikTok apabila sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah Proton Wira dilihat tidak sempat memotong sebuah lori di hadapannya sehingga terpaksa ‘mendarat’ di bahu jalan agar tidak bertembung dengan kenderaan lain dari lorong bertentangan.

Kejadian itu difahamkan telah berlaku di Johor Bahru dan setelah meninjau ruangan komen, ada saksi memaklumkan bahawa pemandu lori tersebut sudah lama memberi ‘signal’ dan telah memperlahankan kenderaannya untuk belok ke kanan.

Malah, kenderaan di belakang lori tersebut sudah bersedia untuk menukar ke lorong kiri namun pemandu Proton Wira tersebut terus cuba untuk memotong barisan di lorong kanan sehingga nyaris menyebabkan kemalangan dengan kenderaan dari lorong bertentangan.

Komen TikTokSumber : TikTok 

Menurut saksi yang lain pula, pemandu Proton Wira berkenaan terbabas ke bahu jalan dan telah melanggar sebuah busut serta tidak mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan kecil itu.

Sentiasalah berhati-hati di jalan raya. Ingat ‘kemampuan’ kita memandu kerana ianya boleh memakan diri sendiri dan juga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Honda RFID pakai smart tag
2 years ago

"Honda Lagi.." - Tunjuk SmartTag Di Lorong RFID, Pemandu 'Himpit' Elak Tol Cetus Persoalan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...