Pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida kembali mencuri perhatian netizen apabila dia beraksi lucu gara-gara wajahnya yang dikatakan seiras seperti kembar dengan seorang atlit wanita yang berentap di Olimpik Tokyo 2020.
Atlit yang bernama Cindy Billaud itu baru-baru ini menjadi tular di media sosial buat seketika kerana mempunyai ciri-ciri wajah seiras di bahagian mulut dan mata seperti DS Vida.
Pengusaha kosmetik itu kemudian dilihat begitu ‘sporting’ apabila dia ada membuat video parodi seperti sedang berlatih untuk kejohanan berprestij itu di laman Instagram.
Warga netizen baru tahu ke saya masuk Olimpik. Haha lucu ramai tag mention kata sama. Macam ni lah saya kalau kurus dan sadok kan. Yang penting bibir tu. Netizen memang pantas dan lawak.
Menjengah ruangan komen, ramai peminat tampil mengusik ibu kepada pelakon Cik B itu dan memuji Vida kerana sering memberi hiburan masa lapang buat mereka di media sosial.
View this post on Instagram
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.