Gara-gara kes video tular membabitkan pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang telah mengulas tentang kempen #benderaputih ternyata telah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada netizen.
Kata netizen, kenyataan DS Vida disifatkan sebagai tidak sensitif dan mementingkan diri di kala rakyat sedang bergelut dengan pelbagai kesulitan ketika pandemik ini.
Tidak berdiam diri, usahawan itu tampil menjelaskan niat sebenar di sebalik kenyataannya di mana dia hanya ingin menyuntik semangat kepada orang ramai untuk berusaha mengubah diri.
Katanya lagi, dia menyokong kempen #benderaputih tapi dalam isu tersebut bukan semua orang sanggup angkat bendera putih semata-mata hanya ingin mendapatkan bantuan.
View this post on Instagram
“Sama juga kalau angkat bendera putih pun, bukannya bantuan terus sampai dalam tempoh lima minit. Kalau banyak alasan macam mana nak kaya?” ujarnya lagi.
Dia dalam pada itu turut meminta orang ramai agar tidak membanding-bandingkan dirinya dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew.
“Saya bukan Ebit Lew, aku dari susah sekarang senang, Dia dia aku,aku. Tidak sama diciptakan. Kalau semua diciptakan sama maka tiadalah orang sesak tiadalah orang kaya.”
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
July 8, 2021 at 4:43 pm
Bodohnye la kau. Skrg ni pkp. X boleh keluar rumah. Nk buat car wash jadahnye. Nk g amik upah kemas rumah sape? Faham tak? TAK BOLEH KELUAR RUMAH, BODOH. Kalau nk pegi beli barang keperluan utk berniaga 4km pun dah kne saman!!! Nk berniaga apa bodoh? Kau nk berniaga jual diri kau pon x laku x de org nak beli la bodoh sbb X BOLEH KELUAR RUMAH. PKP. Orang x boleh datang pun nak ratah badan kau kalau kau jual pun. Isunye bukan orang x nak usaha. Tapi keadaan memaksa. Engineer yg gaji 20k pun hilang pekerjaan. Lama2 duit simpanan habis. Dah cube berniaga online SBB TAK BOLEH KELUAR RUMAH. Tapi kene faham, berniaga online bukan start jd dropship/stokis hari ni, esok terus laku. TIDAK. Nak laku 1 barang pun susah. Tapi sebab kami yakin rezki Allah tetap akan ade. Doa mmg selalu tp kalau Allah nak uji sbb nk tgk kite sabar, Allah tetap x akan bagi lagi. Allah akan bagi pada waktu yg sesuai. Tapi, sementara itu, kalau terdesak, angktlah bendera putih disamping itu sambil2 mmg berusaha juga. Dan apa yang orang ramai bagi bile tengok kite angkat bendera putih tu pun kire rezki dari Allah juga. ISTIDRAJ. BAHAYA. KALAU RAKYAT PUN ADA YANG BODOH SOMBONG DENGAN REZKI TUHAN, TAK HAIRAN LAH KALAU ADA KERAJAAN YANG BODOH SOMBONG JUGA DENGAN KUASA DAN JAWATAN.
Smartbird
July 8, 2021 at 1:01 pm
Harap apa yg dikatakan DSV dapat mencerahkan kefahaman orang ramai.
Anonymous
July 8, 2021 at 12:59 pm
betul tu.. smpai bila org nk bntu.. bayar sewa rumah 1 bulan org boleh tlng lngsaikn.. tp klu [email protected] buln mcmna..
saya baru tersedar
July 8, 2021 at 12:37 pm
saya antara yg x setuju dgn DSV
tp bila dgr penjelasan dia.. betul juga
kalau org bg beras, tahan berapa lama?
kne juga kita usaha keluar dari kemiskinan
cdgn dia utk urut, saya terus terfikir, boleh car wash.. modal baldi dan kain serta sedikit sabun
upah kemas rumah.. dll
pendek kata.. lps dgr video dia.. daripada saya duk rasa x boleh.. x boleh.. terus saya fikir.. byk jalan rupanya
cuma ye laa.. mula2 tu mmg upah sikit.. tp kalau kumpul beberapa hari boleh buat modal meniaga makanan frozen
in sha allah