Muat Naik Video ‘Wedding’ Serba Mewah, Fatin Afeefa Sudah Bernikah Dengan Tunang Jutawan Semalam?

Hiburan

Muat Naik Video ‘Wedding’ Serba Mewah, Fatin Afeefa Sudah Bernikah Dengan Tunang Jutawan Semalam?

Ramai peminat tertanya sama ada pelakon jelita Fatin Afeefa telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya dikenali sebagai Aliff Awang pada malam semalam.

Ia berikutan beberapa gambar dan video dimuat naik oleh jurumekap terkenal, Dato Alha Alfa di Instagram dengan ucapan tahniah.

Advertisement

Majlis serba mewah pasangan itu dipercayai berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya dan Fatin dilihat menggayakan persalinan berwarna putih.

Lebih menguatkan sangkaan ramai adalah kerana Aliff yang turut memuat naik Instagram story menunjukkan dirinya memakai persalinan baju melayu, juga berwarna putih.

Malah, rakan-rakan turut memuat naik beberapa video sebelum dan sepanjang majlis itu berlangsung.

Bukan itu sahaja, Aliff turut repost Instagram story orang lain yang menunjukkan dirinya sedang melafazkan akad nikah serta video perkahwinan dengan nama Aliff & Fatin.

Sehingga artikel ini ditulis, Fatin mahu pun Aliff masih tidak memuat naik sebarang kenyataan atau perkongsian tentang kesahihan berita gembira itu di media sosial masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Kongsi Video Sarung Cincin, Fatin Afeefa Bertunang Dengan Kekasih Jutawan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...