Muat Naik Gambar Bercuti Berpakaian Menjolok Mata, Giliran Nabila Huda Pula Dikecam Netizen

Hiburan

Muat Naik Gambar Bercuti Berpakaian Menjolok Mata, Giliran Nabila Huda Pula Dikecam Netizen

Rasanya semua sudah sedia maklum, sejak kebelakangan ini nama pelakon Nora Danish menjadi perbualan utama netizen apabila beliau berkongsikan gambarnya sedang hiking di Instagramnya.

Sebab utama namanya menjadi ‘panas’ kerana netizen kurang senang dengan pemakaian yang dipakai oleh Nora yang menyerupai warna kulit dan terlalu ketat.

Advertisement

Belum reda dengan isu Nora, kali ini nampaknya pelakon serta pengacara Melodi, Nabila Huda pula menjadi tumpuan netizen apabila dirinya berkongsi gambar percutian di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menerusi perkongsian gambar itu, Nabila atau mesra dipanggil Abil terlihat sedang menikmati percutian pendek bersama rakannya, sesuai dengan kapsyen ‘short vacay‘ yang ditulis.

Bagaimanapun, bila meninjau di ruangan komen hantaran itu, kebanyakkan netizen memberi pesanan kepada beliau agar menutup aurat dengan sempurna, malah ada juga yang memerlinya.

Komen Ig Nabila HudaSumber : IG Nabila Huda 

Namun, dalam pada masa yang sama ada juga netizen yang mendoakan agar diberi kesejahteraan serta petunjuk daripada Allah S.W.T.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Nora Ariffin
2 years ago

Nora Nafi Telah Berkahwin 2 Tahun Lalu & Paksa Suami Ceraikan Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...