Nora Nafi Telah Berkahwin 2 Tahun Lalu & Paksa Suami Ceraikan Isteri

Hiburan

Nora Nafi Telah Berkahwin 2 Tahun Lalu & Paksa Suami Ceraikan Isteri

Belum pun seminggu bergelar isteri kepada Dr. Rushdi Ramli, Penyanyi Datuk Nora Ariffin diuji apabila timbul khabar angin mengatakan yang dia sebenarnya sudah pun bernikah dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu.

Nora dan suami
2 years ago

(TAHNIAH) Secocok Dan Sepadan, Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri Kepada Dr Rushdi Ramli

Advertisement

Lebih mengejutkan apabila khabar angin tersebut juga menyebut yang Nora didakwa meminta suaminya itu untuk menceraikan isteri pertamanya.

Astagfirulllahalazim. Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja kenyataan daripada saya.

Bagaimanapun, Nora menerusi sebuah kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada media memaklumkan yang segala tuduhan yang tular dalam media sosial tersebut adalah sama sekali tidak benar dan fitnah semata-mata.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Nora juga dikatakan telah menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Dr. Rushdi Ramli yang difahamkan sudah berlaku hampir dua tahun.

Bukan itu sahaja, pada masa yang sama juga telah tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama sebelum bernikah dengannya.

Sementara itu, suaminya menerusi mesej pesanan suara (voice note) yang dihantar oleh Nora menegaskan bahawa dakwaan yang menuduh Nora untuk memaksanya menceraikan isteri pertamanya adalah bersifat fitnah dan mempunyai niat jahat.

Nora Ariffin

Allahuakbar. Semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami. – Dr. Rushdi Ramli

Baru-baru ini, Nora mengumumkan yang dia telah bernikah dengan kawan baik arwah suaminya iaitu Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup dan dia telah memohon maaf kerana tidak memberitahu secara terbuka tentang perkara tersebut.

Sekadar info, Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata namun komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...