Written by Bella | August 24th, 2018

Disebalik desas-desus mengatakan rumah tangga yang dibina oleh mereka selama 18 tahun sudah berantakan dan sudah membawa haluan hidup masing-masing, ternyata pasangan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran masih saling sayang menyayangi.

Semalam, Rashidi menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto beliau dan Vee bersama ketika-ketika menyambut Hari Raya Aidiladha.

Rata-rata peminat memuji betapa mereka tampak begitu mencintai antara satu sama lain dan menganggap mereka pasangan paling ‘sweet’. Ada yang bersyukur mereka berdua masih lagi bersama dan mendoakan agar Rashidi dan Vee kekal sehingga ke jannah.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan rumah tangga pasangan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.  Mereka dikatakan berpisah secara baik dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada pelakon wanita itu.

9 responses to Muat Naik Foto Mesra Bersama, Bukti Cinta Rashidi Ishak Dan Vanidah Imran Masih Utuh

  1. Tk says:

    Suami goodlooking and Vanida very pretty
    Moga Bahagia together till Jannah.

    5

    0
  2. Anonymous says:

    dah takde job…cinta pun beralih arah. artis malaysia….mcm tak biasa…

    0

    13
  3. Benang Merah says:

    Yg mana satu betul..cerai ke masih bersama..artis ni mmg ssh nk percaya..byk ckpnya membohong je..bohong dgn artis dh jadi satu kerjaya yg berkait rapat..kalau rumahtangga masih aman..alhamdulillah

    7

    0
  4. Capik says:

    Masih ada lg rupanya wartawan yg jenis tulis cerita tanpa kesahihan.. Moga vanida & suami sentiasa bahagia selamanya

    4

    0
  5. wekkkkkkk says:

    kalau masih bersama Alhamdulillah, jika sebaliknya, terbongkar pada suatu hari nanti jugak. Details diri kita ni sgt penting tau.

    3

    0
  6. Bella says:

    Dah cerai la 9/8 lepas…

    0

    0

Leave a Comment

Optional