August 20th, 2018

Pasangan selebrti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak antara yang menjadi idola ramai kerana masih lagi mengekalkan saat manis seperti pasangan yang baru bercinta meskipun sudah mendirikan rumah tangg selama berbelas tahun lamanya. Kemesraan mereka berdua memang dipuji ramai.

Namun, ada berita yang tidak sedap didengar apabila Mary Jane menerusi portal Utusan Online melaporkan rumah tangga pasangan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Malah pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

Walaubagaimanapun, Vanidah ataupun lebih mesra dengan panggilan Vee nampaknya enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai gosip beliau sudah bercerai.

Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang.

Terdahulu, Mary Jane juga mengatakan Vee dan Rashidi berpisah secara baik dan hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada pelakon wanita itu.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika. Penulis tidak nafikan agak kecewa juga mendengar berita mereka sudah cerai, namun harapnya ia sekadar khabar angin sahaja.

Sumber Berita : Utusan Online & mStar Online


14 responses to “Vanidah Imran Dan Rashidi Ishak Sudah Bercerai?”

  1. Anonymous says:

    Dulu mereka la sweet kapel. vanida ni bila nak pakai tudung? anak dah besar panjang kot. bahagianya rumah tangga atas sebab keredhaan Allah. Sekian.

Loading...