November 2nd, 2017

Pengacara dan pelakon, Hefny Sahad baru-baru ini mengakui beliau kini sedang rapat dengan Uqasha Senrose dan terpikat dengan sifat manja aktres jelita itu. Namun, kedua-duanya tidak pernah memuat naik foto mesra bersama di media sosial.

Walaubagaimanapun, semalam Hefny memuat naik foto mesra mereka di Instagram. Malah, beberapa hari lalu, Hefny turut memuat naik foto beliau berpimpin tangan dengan seorang wanita. Rata-rata peminat menyatakan wanita tersebut adalah Uqasha.

Uqasha juga turut memuat naik foto beliau bersama Hefny di Instagram dan ia menguatkan lagi berita mereka kini sudah sah bercinta.

Kalau betul hubungan rapat sudah menjadi percintaan, kami doakan yang terbaik buat mereka. Lagipun, macam nampak sesuai juga Hefny dengan Uqasha.


Comments are closed.

Loading...