October 25th, 2017

Pernah digosipkan bercinta sebelum ini, pengacara Hefny Sahad akhirnya mengakui bahawa beliau kini sedang rapat dengan aktres jelita Uqasha Senrose.  Hefny akui sifat manja Uqasha membuatkan beliau terpikat apatah lagi Uqasha juga mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

Hubungan saya dengan Uqasha rapat sejak penghujung tahun lalu. Apa yang saya boleh katakan saya hanya keluar dengan dia dan tidak ada wanita lain. Kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu namun pada penghujung tahun lalu saya mula rapat dengan dia.

Saya lihat Uqasha sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarganya terlebih dahulu. Cara dia melayan dan menjaga adik-beradiknya membuatkan saya terpikat. Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang yang manja.

Hefny bagaimanapun belum mempunyai sebarang perancangan untuk ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka dan berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat beliau dan Uqasha.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...