“Muah Muah Raya” – Lepas Datuk Aliff Syukri, DS Vida Pula Bakal Terbit MV Lagu Raya Terbaru

Hiburan

“Muah Muah Raya” – Lepas Datuk Aliff Syukri, DS Vida Pula Bakal Terbit MV Lagu Raya Terbaru

Jika sebelum ini Datuk Seri Aliff Syukri dikecam hebat berikutan muzik video lagu raya terbarunya didakwa mempromosikan kepelbagaian gender, kali ini sahabat usahawan, DS Vida pula khabarnya sedang menunggu waktu untuk melancarkan lagu raya sempena hari raya Aidilfitri tahun ini.

Baru-baru ini, jutawan kosmetik itu ada memuat naik sedikit klip muzik video lagu raya terbarunya itu di Instagram.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila solekan yang dikenakan DS Vida kelihatan berlainan dan lain daripada yang lain.

Khabarnya, DS Vida akan memuat naik muzik video penuh lagu raya berjudul Muah Muah Raya itu pada tengah malam ini.

Tampil dengan solekan ‘over’ dengan busana merah jambu, DS Vida juga didakwa telah ‘menakutkan’ sesetengah netizen yang melihatnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai sudah yang tidak sabar untuk melihat muzik video dan mendengar alunan suara jutawan kosmetik itu setelah ia dilancarkan nanti.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berharap agar DS Vida tidak dipanggil Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) seperti kes Datuk Aliff Syukri pula!

mcmc skmm kelepok raya annuar musa
2 years ago

MV 'Kelepok Raya' Terima Banyak Aduan, SKMM Minta Aliff Syukri Hadir Untuk Siasatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...