MV ‘Kelepok Raya’ Terima Banyak Aduan, SKMM Minta Aliff Syukri Hadir Untuk Siasatan

Berita

MV ‘Kelepok Raya’ Terima Banyak Aduan, SKMM Minta Aliff Syukri Hadir Untuk Siasatan

Kemunculan lagu raya baharu nyanyian jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berjudul ‘Kelepok Raya’ baru-baru ini ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi dan respon daripada netizen.

Rata-ratanya mengecam video muzik lagu tersebut yang dikatakan mempromosikan kepelbagaian gender (LGBT) sehingga ia mendapat perhatian daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Advertisement

Lapor mStar Online, SKMM menerusi menterinya, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa individu yang terlibat bersama-sama usahawan dalam penghasilan lagu raya itu telah diberi notis dan diminta untuk hadi ke ibu pejabat SKMM pada pagi ini.

Difahamkan, sebuah kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat perkara ini di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Annuar yang ditemui media ketika Majlis Iftar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan FINAS bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia mengesahkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) telah menerima banyak aduan terutamanya daripada JAKIM berhubung klip video tersebut.

Terdahulu, lagu Kelepok Raya yang menampilkan beberapa individu menari secara ghairah dan keterlaluan telah menerima kritikan orang ramai yang merasakan ia tidak sesuai untuk budaya Melayu apatah lagi ditayangkan di bulan Ramadan.

ridhuan tee
3 bulan lalu

"Macam Orang Hilang Pedoman.." - Ridhuan Tee Kecam Lagu Raya Baharu Terjerit-Jerit, Tak Sedap Didengar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...