Jika sebelum ini Izreen Azminda banyak bermain teka teki mengenai status dirinya dan memberitahu akan mengadakan satu sidang media membabitkan beberapa pemberita tertentu sahaja, seorang wanita bernama Intan Liana Saleh, telah tampil memberitahu bahawa Izreen telah berkahwin dengan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, seorang pemuzik untuk rancangan Gegar Vaganza, sebagai isteri kedua.
Intan memberitahu hanya mengetahui tentang itu pada 10 November lepas, iaitu beberapa bulan sejak suaminya berkahwin dengan pelakon itu sekitar Ogos lepas. Kepada BH Online, Muhammad Radzi atau lebih dikenali dengan nama Ude, mengakui bahawa dia telah berkahwin dengan Izreen.
Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu.
Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan bersama Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan
Wanita yang tampil membuat pengakuan itu ialah isteri pertama saya.
Saya dan Intan Liana Saleh, 32, mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu. Kami memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan.
Uda juga menafikan rumahtangganya berantakan setelah Intan Liana mengetahui dia telah berkahwin dengan Izreen:
Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini.
Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.
Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya.
Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain.
Ude juga meminta agar privasi keluarganya dijaga oleh pihak media.
Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami.
“Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga.
Sementara itu, kepada Sinar Harian, Izreen memberitahu dia kecewa perkara itu digembar-gemburkan tanpa pengetahuannya sebelum dia mengadakan sidang media:
Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.
Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat.
Desas-desus bahawa Izreen telah berkahwin timbul apabila Izreen meletakkan nama ‘Mrs. Ude’ di akaun Instagramnya beberapa minggu lepas dan setakat artikel ditulis, penulis mendapati Izreen juga telah menukar namanya kepada ‘Madam Izreen Azminda Radzi’ di akaun Instagramnya
Izreen bagaimanapun sebelum ini pernah mengatakan Mr. R yang dikaitkan dengannya ialah seorang bujang dan beberapa kali memberi kenyataan yang membayangkan dia tidak kisah berkahwin suami orang dan hidup bermadu.
Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun. – beautifulnara.com