Sedia maklum, biarpun sudah lama membuat haluan masing-masing, tetapi pelakon Norman Hakim bersama bekas isteri iaitu Abby Abadi masih mengekal hubungan rapat di antara sesama keluarga.
Bagaimanapun, hubungan baik yang dikekalkan itu tidak diterima baik oleh sesetengah netizen sehinggakan ada yang meminta agar Abby terus bina hidupnya sendiri dan move on.
Kata-kata yang sering dilemparkan kepada dirinya itu sering di balas dalam akaun TikTok Abby sendiri dan beliau sangat tenang apabila memperjelaskan satu per satu.
Terdapat beberapa ‘nasihat’ yang diberikan oleh netizen buat Abby dan salah satunya untuk tidak terlalu dekat dengan bekas suami serta tidak menggunakan alasan anak untuk bertemu.
Tidak mendiamkan diri, Abby menafikan hal terbabit sekeras-kerasnya dan meminta agar netizen tidak sesuka hati menuduhnya tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Sekadar info, Abby Abadi pernah mendirikan rumah tangga bersama Norman Hakim pada tahun 2002, namun bercerai pada tahun 2009.