“Dah 14 Tahun Berlalu!” – Dikecam Beraya Dengan ‘Ex’, Abby Abadi Siap Dituduh Mahu ‘Getback’ Dengan Norman

Hiburan

“Dah 14 Tahun Berlalu!” – Dikecam Beraya Dengan ‘Ex’, Abby Abadi Siap Dituduh Mahu ‘Getback’ Dengan Norman

Rasanya semua orang dah ketahui dan dapat lihat kemesraan serta keakraban pelakon Abby Abadi dan Memey Suhaiza di media sosial yang sering menjadi perhatian netizen.

Setiap kali Syawal, kedua-dua pelakon ini akan menyambut hari bahagia itu bersama keluarga kedua-dua pihak dengan gembira seperti yang dikongsikan di Instagram mereka.

Advertisement

Melalui hantaran yang dibuat oleh Abby baru-baru ini, beliau telah menepis segala kecaman yang diterima oleh netizen yang mendakwa dirinya tidak menjangka batas pergaulan apabila bersama bekas suaminya iaitu Norman Hakim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Abadi (@abbyabadi_official)

Difahamkan dari coretan yang ditulis dalam hantaran terbabit, pelakon Gerak Khas itu meminta agar netizen untuk tidak mudah menuduh seseorang tanpa ketahui hal sebenar.

Dalam pada itu, Abby juga berkata sebelum ini ada selebriti lain yang mempertikaikan tindakannya beraya bersama Norman serta keluarganya.

Apa jadi masalah sangat tu? Dah 14 tahun berlalu. Sudahlah tu. Marilah sama-sama bersihkan hati.

Malah, ada juga yang berkata wanita itu mahu kembali semula dengan bekas suaminya itu semula biarpun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.

Sekadar info, Norman pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi Abby Abadi pada tahun 2002 namun bercerai enam tahun kemudian.

Abby Abadi Norman Hakim keluarga
3 years ago

Susulan Kes Langgar SOP Ketika Aidilfitri, Keluarga Norman Hakim Dan Abby Abadi Dikompaun RM8,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...