Dua keluarga selebriti terkenal, Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suami Muhammad Faizal Zakari dilaporkan telah dikenakan kompaun gara-gara kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan sehingga kini.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed yang memaklumkan bahawa kesemua mereka telah dikenakan denda sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Terdahulu, media tempatan telah melaporkan bahawa dua keluarga pasangan selebriti ini telah gagal mematuhi SOP PKP dan foto sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka di laman sosial telahpun tular sehingga mencetuskan kemarahan netizen.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai penularan gambar itu di media sosial dan seterusnya telah membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Ujar beliau lagi, kejadian tersebut disyaki telah berlangsung di kediaman selebriti berkenaan yang berlokasi di Hulu Kelang dan difahamkan terdapat lebih kurang 13 individu telah gagal mematuhi SOP ditetapkan iaitu program ziarah hari raya yang tidak dibenarkan sama sekali sepanjang tempoh PKP.
Tambah Muhammad Farouk, pihak polis juga telah menerima satu laporan polis berhubung kes terbabit dan siasatan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
tecit
June 19, 2021 at 11:10 pm
toksah upload la kak. raye tahun ni mmg kene buat senyap2 je. amik gamba print mcm dulu2 msuk album. photobook pon dah ade skg ni. senang.
Anonymous
May 28, 2021 at 10:53 am
Xde sapa pon dengki kak. Sop tetap sop. Org lain pon umah family dekat2 jugak tapi reti pulak ikut sop..dok raya kat umah masing2 je..x pasal2 netizen pulak dengki
Ra
May 28, 2021 at 10:39 am
Kan dah kantoi menipu….kata netizen dengki