“Motif Siarkan?!” – ‘Post’ Video Tragedi Nahas Helikopter TLDM Tak ‘Censored’, Aliff Syukri Dianggap Tak Sensitif

Kehidupan

“Motif Siarkan?!” – ‘Post’ Video Tragedi Nahas Helikopter TLDM Tak ‘Censored’, Aliff Syukri Dianggap Tak Sensitif

Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri, semalam teruk dikecam netizen susulan memuat naik video tragedi nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tak sensitif!

Antara sebab membuatkan netizen berang dengan tindakan Aliff itu kerana dia berkongsikan video yang tidak censored biarpun Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkannya.

Advertisement

Dalam hantaran yang dimuat naik, Aliff Syukri turut meluahkan rasa sebak atas insiden yang berlaku terhadap 10 mangsa yang terlibat.

Ya Allah luluh hati saya melihat apa yang terjadi hari ini. Jiwa saya terus tersentak melihat kejadian yang menyayat hati ini.

Teruk dikecam netizen

Di ruangan komen hantaran terbabit, netizen kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati dan persoalkan tindakan usahawan terbabit yang sanggup berkongsikan video tersebut tanpa ditapis.

komen

Susulan itu, ramai yang menggesa Aliff memadam video berkenaan daripada laman media sosialnya.

Meninjau di laman Instagram Aliff, video terbabit telah pun dipadam.

wajah wajah mangsa tldm
8 months ago

Tragedi 2 Helikopter Bertembung Di Udara, TLDM Dedah 10 Wajah Mangsa Terkorban

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...