Susulan isu hangat yang sedang diperkatakan ramai pihak tentang aksi ‘panas’ yang dilakukan oleh pelakon Zul Ariffin dan Siti Hariesa dalam drama Perempuan Itu, pelakon Datin Seri Umie Aida tampil mempertahankan kakaknya iaitu Erma Fatima.
Menurut Umie, Erma Fatima yang juga merupakan penerbit drama itu terkena tempias kecaman dari netizen, biarpun beliau ada meluahkan rasa bimbang apabila aksi keterlaluan itu dilakukan
Menjelaskan segalanya dalam satu hantaran di Instagram, Umie berkata Erma ada luahkan rasa risau apabila babak itu dilakonkan oleh pelakon kerana sememangnya dianggap melampaui batas.
View this post on Instagram
Apa yang membuatkan dirinya berasa lebih kecewa, terdapat individu yang sanggup memuat naik footage aksi ‘panas’ yang hendak dipotong oleh Erma dari dipaparkan dalam drama.
Tambahannya lagi, tindakan memuat naik video terbabit sama sekali tidak meminta izin kepada Erma yang merupakan sebagai penerbit drama itu.
Motif keluarkan sedutan yang belum disunting dan teruja dengan babak yang kurang indah itu untuk dikongsikan supaya viral?
Oleh kerana isu ini sudah berleluasa, Umie meminta agar pihak yang bertanggungjawab untuk kehadapan dan beri penjelasan tentang aksi itu agar dapat menjernihkan keadaan sekarang ini.
Sebelum ini, rata-rata warganet memberi reaksi negatif serta ingin ‘memboikot’ sekiranya drama Perempuan Itu ditayangkan di dalam televisyen, lagi-lagi ketika bulan Ramadan.
Anonymous
March 22, 2022 at 3:23 pm
Umie Aida mesti nak backing kakak dia.
Anonymous
March 21, 2022 at 12:54 pm
sepptnye dr awal mmg jgn d buat adegan2 cmtu.. pehtu potong… sm jgk mcm ko tayang sb mmg dh d lakunkn… mmg bekarya tp tu dh menyimpang ye.. kita org islam, bole je buat cerita yg x yah pgg2 pelok2 mcm mira firzah ngn ben amir. meletop je cita tu… mmm tah la selagi boel elak mst la elakkn
Anonymous
March 21, 2022 at 9:26 am
kalau dh sunting dan dipadam, dosa mengarah dan melakonkan babak tu padam jgk ke? tnya je
Anonymous
March 21, 2022 at 8:03 am
apesal nk kne sunting pulak? in the 1st place ko even nk buat adaptasi 50 shades of grey tu knp?
siti
March 21, 2022 at 7:51 am
kenapa perlu buat babak tu sedangkan dah tahu keterlaluan? Lepas tu tak perlu lah play victim kata nak delete babak tu.