“Adegan Itu Tak Dapat Kelulusan..” – Tular Klip ‘Panas’ Dalam Drama, Pihak TV3 Tak Diam Diri

Hiburan

“Adegan Itu Tak Dapat Kelulusan..” – Tular Klip ‘Panas’ Dalam Drama, Pihak TV3 Tak Diam Diri

Semalam, kecoh di media sosial isu babak ‘panas’ dalam drama yang bakal ditayang pada bulan Ramadan iaitu Perempuan Itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius hal terbabit.

Bahkan, pihak TV3 turut mengambil berat pandangan orang ramai mengenai petikan video drama terbabit, dimana rata-rata berasa kurang selesa melihatnya.

Advertisement

Menurut pihak TV3, adegan yang dipaparkan sama sekali tidak sesuai untuk dipaparkan dalam televisyen, apatah lagi bagi mempromosikannya.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama tempatan perlu mengikut garis panduan ditetapkan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Dalam kenyataan yang diberikan, TV3 turut memberi amaran ‘keras’ agar semua pihak, tidak kira produksi mahupun pelakon untuk sentiasa peka dengan perkara-perkara yang hendak dipertontonkan kepada orang ramai.

Sekadar info, semalam hangat di media sosial hingga trending nama pelakon Zul Ariffin akibat memuat naik teaser drama terbaharunya berjudul Perempuan Itu, dimana netizen mendakwa aksi yang dipaparkan agak keterlaluan.

Zul Ariffin dikecam drama tak senonoh
2 years ago

"Dah Macam Bukan Islam!" - Tayang Aksi Panas, Zul Ariffin Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...