Baru-baru ini, pempengaruh popular, Khairul Aming memaklumkan bahawa pihaknya telah menyumbang sebanyak RM100,000 kepada Tabung Cinta Gaza bagi membantu penduduk di sana yang menjadi mangsa dalam peperangan besar antara Palestin dan tentera Zionis.
Dapat dilihat di laman Instagram Aming, pihaknya menderma sebanyak RM100,000 itu merupakan daripada hasil jualan Sambal Nyet.
Dalam pada menyumbang, usahawan terbabit turut menyeru agar orang ramai membantunya kumpul wang dana sebanyak RM10 juta untuk diberikan kepada penduduk Palestin agar dapat membeli barang kecemasan, ubat-ubatan, makanan dan lain-lain.
View this post on Instagram
Meninjau di Instagram Story Aming, sehingga semalam, pungutan yang berjaya dikumpul telah mencecah sebanyak RM6 juta.
Susulan inisiatif yang dilakukan oleh Aming itu, ramai netizen berasa kagum melihatnya dan merasakan influencer lain turut patut mencontohi dirinya yang tidak takut untuk maju ke hadapan bagi membantu rakyat Palestin.