“Kena Ada Banyak Ilmu, Ada Adab, Common Sense…” – Ucapan Padu Khairul Aming Di TikTok Awards Dipuji Ramai

Hiburan

“Kena Ada Banyak Ilmu, Ada Adab, Common Sense…” – Ucapan Padu Khairul Aming Di TikTok Awards Dipuji Ramai

Seperti yang diramalkan, pempengaruh digemari ramai Khairul Aming telah memenangi anugerak Creator Of The Year pada TikTok Awards 2023 malam tadi.

Menewaskan lima pempengaruh lain, pemilik SambalNyet itu berterima kasih kepada semua yang menyokongnya sejak 8 tahun yang lepas.

Advertisement

Khairulaming

Dalam pada itu, ucapan kemenangan diberikan Khairul Aming meraih pujian ramai dan tular kerana disifatkan padat dengan motivasi buat anak-anak muda.

Ucapan yang pendek tetapi padu daripada Khairul Aming itu mengandungi nasihat daripadanya buat anak muda yang mahu menjadi pencipta kandungan agar meneruskan pembelajaran.

Teruskan pembelajaran walaupun awak nak jadi content creator awak kena ingat, bukan sekadar untuk viral. Untuk relevan lama, awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, ada common sense.

Dia turut memberi motivasi agar anak muda yang bercita-cita seperti itu menjadi pencipta kandungan yang bagus dan boleh memajukan negara.

Ucapan ringkas tapi padat daripada Khairul Aming itu menerima sorakan dan tepukan daripada ramai yang hadir di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

khairul aming belanja
12 months ago

5 Hari Kilang Sambal Nyet Ditutup, Khairul Aming Belanja Staf Hotel 5 Bintang & Naik ‘Private Yatch’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...