Mona Allen Berang Ditawar Iklan Judi Ketika Ramadan

Hiburan

Mona Allen Berang Ditawar Iklan Judi Ketika Ramadan

Baru-baru ini hangat dengan isu video raya judi, pelakon Mona Allen memberitahu dirinya juga mendapat tawaran daripada ejen syarikat judi yang ingin bekerjasama bersamanya bagi menjayakan satu projek periklanan.

3 years ago

Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

Advertisement

Mona Allen berkongsikan perkara ini di Insta Story nya baru-baru ini dan gambar tersebut merupakan mesej yang didapat oleh Mona menerusi DM di Tik Tok nya yang diberikan oleh seorang wanita yang merupakan pengurus di syarikat judi itu.

mona ditawarkan iklan judi

Mona Allen ditawar untuk masuk kedalam iklan judi.

Isteri kepada pelakon popular Pekin Ibrahim, menolak tawaran tersebut dengan berasa marah kerana tidak menghormati orang Muslim yang sedang menyambut bulan Ramadan.

Are you serious? Bulan puasa ni, awak ni bukan Muslim ke?

Selepas ditegur oleh Mona, wanita yang menawarkan iklan judi tersebut memohon maaf kepada pelakon tersebut dan menamatkan perbualan tersebut dengan segera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...