Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

Hiburan

Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

Ketika ini, isu mengenai muzik video iklan raya yang mempromosikan judi menjadi perbualan netizen. Ramai yang tidak berpuas hati, lagi-lagi video tersebut keluar masa bulan puasa.

Menerusi laporan Malaysiakini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah juga ada menasihatkan supaya para pelakon supaya lebih berhati-hati dan tidak gunakan alasan tiada tawaran kerja sehingga sanggup menerima tawaran seperti itu.

Advertisement

Saya rasa dunia seni budaya sekarang tidak kekeringan kerja untuk drama, filem dan sebagainya.

Saya rasa, ini musim yang mungkin jarang berlaku dalam sejarah, di mana kita ada begitu banyak penggambaran, atau pun izin penggambaran yang sedang berlaku. Maknanya ada banyak job.

Jadi, saya harap janganlah sampai ada alasan tak ada job.

Di Twitter, Bront Palarae yang merupakan pelakon terkenal tampil memberi respon kepada kenyataan dari menteri tersebut.

 

 

Tu bukan pelakon YB, masih level ‘talent’… Dari cepat menghukum, ada baiknya cuba fahami ‘standard practice’ industri & selidik situasi. – balasnya

Bront Palarae menegaskan supaya jangan samakan pelakon dengan individu yang terlibat di dalam video iklan raya judi tersebut. Ada baiknya cuba fahami ‘standard practise’. Itu bukan pelakon tetapi hanya ‘talent’.

Betul juga apa yang dikatakan Bront Palarae, apa pandangan korang? Takkan lah pelakon nak ambil tawaran sebegitu dan kalau diikutkan bayaran yang mereka bagi pun rasanya tak seberapa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...