“Mommy Tidur Dengan Boyf….” – Kongsi Video Anak Buka Cerita Pasal Bekas Isteri, Adam Shahz Dikecam Netizen

Hiburan

“Mommy Tidur Dengan Boyf….” – Kongsi Video Anak Buka Cerita Pasal Bekas Isteri, Adam Shahz Dikecam Netizen

Sejak kebelakangan ini, persengketaan antara pelakon Adam Shahz dan bekas isterinya Fatin Afeefa masih tiada kesudahan. Terbaru, pelakon drama Juvana itu memuat naik video perbualannya dengan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

Berdasarkan rakaman pendek itu, Ivy dilihat menjawab soalan Adam berkenaan tempat dia tidur ketika di rumah. Dakwanya, jawapan Ivy itulah punca dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya itu, kerana bimbang kanak-kanak tersebut akan mengadu tentang kelakuan Fatin.

Advertisement

Menerusi perbualan mereka, Adam bertanya tentang situasi Ivy yang tidak tidur bersama ibunya tetapi sebaliknya dengan abangnya, Adam Aisy Arrian.

Adam: Habis tu you tidur dengan mommy?

Ivy: Kadang-kadang tidur dengan mommy tapi kebanyakan masa tidur dengan Ayyan (Arrian) dalam bilik lain sebab mommy suruh.

Adam: Lepas tu, mommy tidur dengan siapa?

Ivy: Dengan mommy punya boyf….

Bagaimanapun, perkongsian Adam itu menimbulkan reaksi berbeza daripada netizen yang berpendapat aktor tersebut tidak perlu bertanyakan soalan sebegitu.

Malah, ada yang persoal tindakan Adam memuat naik video itu selepas tular video dan berita tentang Fatin yang didakwa sudah bertunang.

Bukan itu sahaja, netizen turut menyelar Adam kerana berkata anaknya ‘mengadu’ sedangkan sebenarnya dia yang bertanyakan soalan kepada Ivy.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Kongsi Video Sarung Cincin, Fatin Afeefa Bertunang Dengan Kekasih Jutawan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...