“Mommy Rindu Sangat Nak Peluk Cium Abang….” – Luahan Hati Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati

Trending

“Mommy Rindu Sangat Nak Peluk Cium Abang….” – Luahan Hati Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati

Ibu kanak-kanak autistik yang ditemui meninggal dunia, Zayn Rayyan Abdul Matiin memuat naik satu hantaran di Instagram dan ia pasti meruntun hati ramai yang membacanya.

Kata Ismanira Abdul Manaf, 28, perasaannya masih tidak stabil kerana kehilangan anak lelakinya berusia 6 tahun itu dan ia merupakan ujian paling berat pernah dilaluinya.

Advertisement

Ismanira turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dan berharap semua terus berdoa agar dirinya diberikan kekuatan selepas pemergian Zayn Rayyan.

Jumpa lagi ya abang, tunggu Mommy tau abang. Mommy rindu sangat nak peluk cium dan gomol abang. Abang tetap anak sulung Mommy sampai bila-bila, tiada ganti. Maafkan Mommy kalau banyak kekurangan sepanjang Mommy membesarkan abang.

zayn rayyan

Terdahulu, kehilangan Zayn Rayyan tular di media sosial dan pada 6 Disember kanak-kanak itu ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari rumah mereka, jam 10 malam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan  terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa selain kesan ‘defensive wound’ dipercayai ketika bergelut dengan suspek.

Zayn bunuh
11 months ago

Kes Kematian Kanak-Kanak Autistik Zayn Rayyan Diklasifikasikan Kes Bunuh - KP Selangor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...