Viral di aplikasi TikTok, mengenai seorang pengguna wanita yang bertindak memuat naik content-content video menghina agama Islam telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Menerusi video-video yang dimuat naik, hampir semuanya memaparkan wanita itu bertudung namun berpakaian kurang sopan seperti ‘dress‘ pendek atau berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk ‘aset’.
Apa yang lebih mengejutkan, dia turut menggelarkan dirinya sebagai ‘nabi wanita pertama’ dan turut dilihat memakai kostum sambil memegang Al-Quran di atas sejadah.
Enggan berdiam diri, rata-rata netizen Malaysia turut terkesan dengan penghinaan yang dilakukan wanita Arab itu sehingga wujud gerakan untuk melumpuhkan akaun TikTok miliknya.
Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang pengguna telah menggesa orang ramai agar melaporkan akaun tersebut kepada pihak TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan sikap wanita itu yang langsung tidak menghormati agama Islam, malah ada juga yang memaklumkan bahawa akaun milik wanita itu pernah disekat namun dia telah membuat akaun baru semula.
Dah report lepas tu dia buat account lain pula. Tak jemu report. – netizen.
“Dia Islam ke?? Nauzubillahhiminzaliq.. macam-macam lah manusia sekarang ni..” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.