“Tinggal Pun Dekat PPR, Kualiti Mesti ‘Low Class” – Makan ‘Oyster’ Mentah Jadi Trend, Individu T20 Minta B40 Jangan Berangan

Kehidupan

“Tinggal Pun Dekat PPR, Kualiti Mesti ‘Low Class” – Makan ‘Oyster’ Mentah Jadi Trend, Individu T20 Minta B40 Jangan Berangan

Sedia maklum, pada zaman ini platform media sosial sememangnya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pengguna-pengguna untuk mengikuti sesuatu trend.

Seperti sejak kebelakangan ini, di platform TikTok ramai TikTokers menikmati satu makanan iaitu tiram mentah yang boleh dikatakan sebelum di hidang di restoran golongan ‘kayangan’ sahaja, tetapi kini boleh didapati dengan harga mampu milik.

Advertisement

Oleh kerana makanan tersebut sudah boleh dinikmati ramai pihak, terdapat seorang individu T20 ini meluahkan rasa kurang senang di Facebook melihat golongan B40 menikmati makanan itu dan menjadikan ia sebagai trend.

golongan t20 tak suka b40 makan tiram mentah

Di dalam hantaran yang dimuat naik itu, individu terbabit seolah-olah saja ingin ‘sekolahkan’ golongan B40 bahawa makanan terbabit sinonim dengan golongan yang kaya saja dan dihidang di restoran mewah.

Tambahannya lagi, sudah pasti lepas ini akan ada banyak menu-menu oyster B40 yang pelik-pelik dan seakan-akan ingin memberi nasihat agar netizen yang tergolong dalam golongan itu untuk berpijak pada bumi yang nyata kerana tidak akan setanding dengan makanan T20.

Dalam pada masa yang, dia sempat memerli golongan B40 agar tidak terkena keracunan makanan dengan memakan oyster ‘murah’ itu.

komen facebook

komen facebook

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu terbabit membuat hantaran sedemikian dan melabelkan individu sebagai riak dengan nikmat dunia yang dimiliki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"So Apa Masalah Kau?!" - Netizen Tegur Aurat Sharifah Rose 'Tayang' Leher, MUA Terkenal 'Sound' Balik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    July 31, 2022 at 1:07 pm

    Bukan nak sokong ke ape.Tapi bagi saya perkara macam ni tindakan yang kurang bijak. Punya banyak makanan ii elok dekat negara kita ni sampai digelar orang luar sebagai syurga makanan,perlu ke makan mende ii yang macam tu.Fikir ii kan

  2. Anonymous

    July 29, 2022 at 2:13 pm

    The real org kaya wont act mcm ni, tkkn menunjuk rmh or tayang kt org.. apatah lg nk buang msa taip teruk2 cmtu. Org yg bru jd kaya or tiba2 kaya jer dok prasan cmni. Silap hb b40 yg tulis

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...